Perenang muda negara Khiew Hoe Yean. Foto Facebook Team Malaysia
AGENDASUKANKINI

Hoe Yean layak ke akhir renang 400 meter gaya bebas lelaki

Daripada Amiril Muttaqien Meketar

BIRMINGHAM, 29 JULAI: Perenang semakin meningkat naik negara Khiew Hoe Yean layak ke peringkat akhir 400 meter (m) gaya bebas lelaki Sukan Komanwel Birmingham 2022, hari ini.

Hoe Yean, berjaya menempatkan diri sebagai perenang ketujuh terbaik daripada 21 perenang yang menyertai peringkat saringan yang berlangsung di Pusat Akuatik Sandwell, di sini.

Hanya lapan perenang terbaik daripada tiga saringan yang diadakan layak ke peringkat akhir, yang akan berlangsung selepas ini, hari ini.

Pemegang rekod kebangsaan itu mencatatkan masa 3 minit dan 50.03 saat (s) untuk menamatkan saringan tiga di tempat keempat.

Elijah Winnington dari Australia menang saringan itu dengan catatan masa 3:48.32s manakala rakan senegaranya Sam Short, kedua (3:48.48s) dan perenang New Zealand’s Matthew Sates di tempat ketiga (3:49.69s).

Sementara itu perenang wanita terbaik negara Phee Jinq En layak ke separuh akhir acara 50m kuak dada wanita selepas menamatkan peringkat saringan pada kedudukan ke-14 daripada 33 perenang.

Jinq En yang mencatatkan 32.80s menduduki tempat kelima pada saringan empat di belakang perenang tuan rumah Imogen Clark, yang mengungguli saringan itu dengan catatan masa 30.26s, diikuti perenang Afrika Selatan Kaylene Corbett (31.07s) dan Abbey Harkin dari Australia (31.48s) di tempat ketiga.

Hanya 16 perenang terbaik daripada lima saringan layak ke separuh akhir.

Bagaimanapun perenang muda negara Bryan Leong Xin Ren gagal meneruskan cabarannya dalam acara 50m kuak kupu-kupu selepas hanya menduduki tempat ketujuh saringan enam dengan catatan masa 24.50s.

– BERNAMA


Pengarang :