AGENDANASIONAL

Hujan lebat dijangka di tiga daerah di Selangor hingga jam 4 petang

SHAH ALAM, 19 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir bagi Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga jam 4 petang ini.

Amaran sama turut membabitkan Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan; Alor Gajah, Melaka dan kawasan pedalaman Sabah iaitu Beaufort serta Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :