AGENDANASIONAL

Hujan lebat, ribut petir di Hulu Langat hingga malam

SHAH ALAM, 10 JULAI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang berlaku di Hulu Langat sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan situasi sama turut diramal berlaku di Bentong, Pahang; Jelebu, Negeri Sembilan; Sibu, Mukah dan Bintulu di Sarawak manakala Sabah di sekitar Pantai Barat, Sandakan dan Kudat.

Menurut jabatan, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :