Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Harapan Selangor di Kampung Permatang, Tanjong Karang pada 2 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Hutan simpan makin luas, lokasi pembangunan diganti

KUALA SELANGOR, 3 JULAI: Keluasan hutan simpan di negeri ini kian bertambah walaupun terdapat beberapa kawasan yang diambil bagi pembangunan tertentu.

Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri menggunakan kaedah penggantian tanah lebih besar bagi kawasan tertentu yang diambil.

“Selangor sejak dulu sampai sekarang kalau digazet hutan, buang sesuatu kawasan akan diganti dengan yang lain dan di Selangor ia bukan berkurang tetapi makin bertambah.

“Kita ambil satu ekar tetapi ganti dua ekar kawasan hutan baru. Ini cara kita termasuk dalam pengurusan tanah rizab Melayu. Penggantian kita lebih banyak dari kawasan yang diambil,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian pada Jelajah Harapan Selangor di Padang Kampung Permatang, Tanjung Karang di sini, malam tadi.

Amirudin membangkitkan perkara itu selepas terdapat laporan dari akhbar milik sebuah parti mendakwa Selangor rakus merosakkan alam sekitar.

“Kadang dia serang kita tak tengok cermin, antara perkara yang kuat diserang Selangor rakus merosakkan alam sekitar hancurkan hutan, yang serang itu Harakah. Dia tak tengok apa yang jadi di Kelantan, apa yang jadi di Kedah,” katanya.


Pengarang :