Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab soalan dikemukakan wakil rakyat dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di Bangunan Annex, Shah Alam pada 29 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Isu tanah haram, PBT hanya ada hak kompaun dan laksana proses pemutihan

SHAH ALAM, 29 JULAI : Pihak berkuasa tempatan (PBT) tiada hak mengenakan tindakan selanjutnya kepada pesalah yang melakukan kerja di atas tanah haram sekiranya kes sudah dibawa ke mahkamah

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata PBT hanya ada hak untuk mengeluarkan kompaun kemudian menyiasat sekiranya proses pemutihan sudah dilaksana.

“Apabila kompaun dikeluarkan kepada pesalah dan mereka bayar serta melaksanakan proses pemutihan terhadap kerja tanah itu, di peringkat PBT ia dikira sudah selesai.

“Namun, jika pesalah masih ingkar PBT berhak membawa mereka ke mahkamah dan apabila sudah ke sana (mahkamah) ia bukan lagi urusan PBT untuk menetapkan sebarang hukuman,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wakil rakyat Dusun Tua Edry Faizal Eddy Yusof sama ada kerajaan akan memastikan PBT segera membawa kes kerja tanah tanpa permit ke mahkamah pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Amirudin menjelaskan PBT menawarkan kompaun kepada pesalah supaya mereka masih ada peluang untuk memulihkan proses sewajarnya.

“Kita tawarkan kompaun supaya mereka boleh buat proses pemutihan terhadap kerja haram itu dan jika enggan akan dikenakan tindakan mahkamah,” katanya lagi.


Pengarang :