Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah motosikal Suzuki Rider 150 kepada penerima sempena Jelajah Selangor Penyayang daerah Petaling di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 24 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jelajah Selangor Penyayang di Gombak 31 Julai, sedia banyak program kebajikan

SHAH ALAM, 26 JULAI: Program Jelajah Selangor Penyayang yang memperkenal pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat bakal diadakan di Gombak pada 31 Julai ini.

Bermula 8 pagi hingga 5.30 petang, program anjuran Kerajaan Negeri yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dijadual berlangsung di Padang Awam Batu Caves.

Dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, pelbagai inisiatif kebajikan disediakan menerusi peruntukan RM350 juta supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

Selain itu, program turut diserikan dengan persembahan artis, senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, pameran dan jualan.

Bertempat di lokasi sama, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan barangan keperluan pada harga murah seperti ayam seekor dengan harga RM15, telor ayam gred B (RM12.50 sepapan), ayam potong RM10 untuk 800 gram (gm) dan RM25 (2kg), tulang RM35 (per kg), daging segar RM35 (per kg) serta ikan kembung dan selayang RM10 (per kg).

Sebelum ini, acara sama dijayakan di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat Stadium Utama Kuala Selangor dan Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya.


Pengarang :