Kanak-kanak mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna sempena program Jelajah Selangor Penyayang di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 24 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jelajah Selangor Penyayang singgah Gombak 31 Julai

SHAH ALAM, 25 JULAI: Program Jelajah Selangor Penyayang yang memperkenal pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat bakal diadakan di Gombak pada 31 Julai.

Bermula 8 pagi hingga 5.30 petang, program anjuran Kerajaan Negeri yang disusun semula dari Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dijadual berlangsung di Padang Awam Batu Caves.

Sebelum ini, acara sama dijayakan di Taman Kosas Ampang Jaya, Dataran Pantai Morib Kuala Langat Stadium Utama Kuala Selangor dan Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, program turut diserikan dengan persembahan artis, senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, pameran dan jualan.

Inisiatif itu dijayakan menerusi peruntukan RM350 juta supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

 

 


Pengarang :