Orang ramai beratur untuk membeli barang keperluan harian pada Program Jualan Prihatin Rakyat di Jalan Pandan 8, Pandan Jaya pada 12 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah sempena Aidiladha di Tanjung Sepat pada 7 Julai ini

SHAH ALAM, 1 JULAI: Sebanyak 1,000 ekor ayam akan dijual pada program Jualan Prihatin Rakyat sempena Aidiladha di Dataran Batu Laut, Tanjung Sepat pada 7 Julai ini.

Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat berkata jualan itu diadakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor.

Katanya, selain ayam, turut ditawarkan telur, sayur dan beberapa produk kering lain bagi memudahkan penduduk mendapatkan barang keperluan sempena Aidiladha.

“Ayam dijual pada harga RM12 seekor namun pusat khidmat memberikan subsidi RM2 untuk setiap ekor bertujuan mengurangkan beban perbelanjaan rakyat.

“Begitu juga dengan telur. Harga sepapan adalah RM8 selepas subsidi. Barangan lain turut dijual lebih rendah berbanding pasaran sekali gus satu penjimatan kepada pembeli,” kata Borhan Aman Shah kepada Selangorkini hari ini.

Beliau berkata jualan bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang dan pihaknya membuka lebih banyak kaunter bagi melancarkan urusan pembelian.

“Penduduk diminta memanfaatkan peluang ini kerana dapat mengurangkan beban perbelanjaan ketika menyediakan keperluan raya. Barangan dijual juga segar,” katanya.

Pada Mei lalu, EXCO Pemodenan dan Asas Tani Ir Izham Hashim memaklumkan jualan ayam murah yang dilaksanakan sejak Disember tahun lalu akan diteruskan sehingga Aidiladha.

Jelasnya bekalan ayam turut ditingkatkan dari 4,000 ekor sehari kepada 10,000 ekor bagi menampung kekurangan bekalan ayam.


Pengarang :