Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menunjukkan ayam yang dijual dengan harga RM8 sekilogram ketika jualan ayam murah di Wisma PKPS, Shah Alam pada 5 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan Prihatin Rakyat: 132,000 ekor ayam, 60,000 papan telur dijual

SHAH ALAM, 26 JULAI: Sebanyak 132,000 ekor ayam dijual menerusi program Jualan Prihatin Rakyat sejak diperkenalkan Februari hingga awal bulan ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif untuk meringankan beban belanja rakyat itu turut menjual 60,000 papan telur serta 66,000 pek minyak masak.

“Dari Februari hingga Mac, jualan murah ini berjaya dianjurkan di 53 Dewan Undangan Negeri (DUN). Sempena Aidilfitri, program dianjur melibatkan lapan DUN manakala untuk Aidiladha melibatkan lima DUN.

“Ini menunjukkan kita mampu tampung dan kurangkan beban masyarakat walaupun langkah ini di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri,” katanya menjawab soalan wakil rakyat Sungai Burong Datuk Shamsudin Lias (Sungai Burong) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Semalam EXCO Permodenan dan Asas Tani Ir Izham Hashim memberitahu lebih 80,000 rakyat negeri ini menerima manfaat program jualan murah berkenaan.

Jelasnya pelbagai barangan segar seperti ayam, telur ayam, ikan sejuk beku, daging pejal segar dan minyak masak dibawa hampir ke 60 lokasi jualan di seluruh negeri.


Pengarang :