BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Kayuhan basikal klasik peringkat Klang tawar hadiah menarik

SHAH ALAM, 14 JULAI: Individu yang memiliki basikal klasik dipelawa mengambil bahagian dalam pertandingan Vintage Bicycle Fun Ride anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada Ahad ini.

Pengarah Komunikasi Korporatnya Norfiza Mahfiz berkata pertandingan sempena Hari Tanpa Kenderaan itu bermula dari Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz sehingga Royal Klang Heritage Walk.

“Pertandingan dari jam 7 pagi terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan semua peserta digalakkan berpakaian mengikut tema klasik.

“200 penyertaan terawal berpeluang menyertai cabutan bertuah, manakala enam hadiah sampingan ditawarkan bagi kategori basikal klasik dan pakaian tema terbaik,” katanya di Facebook.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan https://forms.gle/KXi3pAP1GWbAC8SH7 sehingga 16 Julai.

Program dengan kerjasama polis Klang Selatan turut menyediakan aktiviti menarik lain seperti demonstrasi T Baton, pertunjukan anjing pengesan, pameran seragam polis dan berkelah bersama keluarga polis.

Aktiviti lain antaranya persembahan pentas, ‘beam bike’, lawatan Galeri Diraja secara percuma dan pertandingan swafoto.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Jabatan Komunikasi Korporat di talian 03-3375 5555 atau sambungan 1606.


Pengarang :