KDEB Waste Management (KDEBWM) bergambar bersama anak yatim seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) selepas menonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di MBO Space U8 pada 20 Julai 2022. Foto Facebook KDEBWM
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

KDEBWM rai anak yatim, tonton filem Mat Kilau

SHAH ALAM, 20 JULAI : KDEB Waste Management (KDEBWM) meraikan 50 anak yatim seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di MBO Space U8 di sini, hari ini.

Pengurus Korporat Ahmad Rizal Mohd Daud berkata mereka adalah antara anak yatim dari Rumah Aman, Shah Alam; Rumah Kasih Harmoni dan Persatuan Kebajikan Rumah Anak Yatim Damai, Kuang.

“Ini merupakan program tanggungjawab sosial korporat KDEBWM dalam menyantuni anak yatim di samping memberi hiburan kepada anak ini dengan menonton wayang.

“Tujuan kita bawa mereka juga adalah untuk memberi pendedahan berkenaan pengorbanan pahlawan terdahulu dan pada masa sama mendidik diri supaya menghargai sejarah,” katanya kepada SelangorKini.

Ahmad Rizal berkata pihaknya kerap menganjurkan program bersama anak yatim pada tahun ini antaranya majlis berbuka puasa, sambutan hari raya dan pemberian tong sampah kitar semula.

“Insya-Allah bulan depan kita bercadang mahu pergi ke beberapa rumah anak yatim di Selangor bagi menganjurkan program kelestarian alam iaitu mendidik mereka mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar,” katanya lagi.


Pengarang :