Perwakilan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menghadiri Kongres Wanita sempena Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 15 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

KEADILAN perlu teguh, terus perjuang isu rakyat di balik kelesuan politik

SHAH ALAM, 15 JULAI: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu muncul sebagai parti yang memiliki daya tahan dan memperjuang isu rakyat ketika negara berdepan kelesuan dan kelelahan politik.

Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN berkata perkara itu harus dimanfaat dan diisi segera supaya rakyat dapat melihat perjuangan dibawa dan kesannya dirasai setiap sanubari.

“Dalam memastikan peranan dan menyingkapi isu semasa lebih efektif, saya menyeru wanita KEADILAN sentiasa proaktif menyelesaikan isu rakyat dengan terus menjadi penyelesai masalah dan melaksanakan program khidmat kebaktian kepada masyarakat.

“Dari dahulu lagi kita berdepan banyak tentangan. Jadi sekarang kena bangkit semula. Kita ada daya inovasi tinggi yang memperjuangkan isu rakyat,” kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berucap ketika merasmikan Kongres Wanita sempena Kongres Nasional Ke-16 KEADILAN yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, dekat sini.

Kongres selama tiga hari memulakan persidangan hari ini dengan kehadiran penuh, selepas tidak dapat berbuat demikian tahun lalu akibat penularan Covid-19.


Pengarang :