Pemain skuad Harimau Malaya B-19 melakukan persiapan terakhir menjelang aksi sulung kumpulan B kejohanan B-19 Piala AFF 2022 melawan Kemboja di Stadium Madya, Gelora Bung Karno, Jakarta pada 4 Julai 2022. Foto Facebook FAM
AGENDASUKANKINI

Kejohanan Piala AFF B-19, Harimau Malaya sasar tiga mata lawan Kemboja

PETALING JAYA, 5 JULAI: Malaysia menyasarkan tiga mata penuh menjelang aksi sulung kejohanan bawah 19 tahun (B-19) Piala AFF 2022 menentang Kemboja di Stadium Madya, Gelora Bung Karno, Jakarta, petang ini.

Berdepan lawan yang telah pun mengutip tiga mata pertama menewaskan Singapura 1-0 semalam, anak didik Hassan Sazali Waras seharusnya berwaspada dengan sebarang kemungkinan dijelmakan Kemboja, lapor portal Utusan Malaysia.

Bagi Hassan, berdepan Kemboja yang telah turun beraksi pastinya memberikan kelebihan buat lawan dan mengingatkan pemain agar sentiasa berwaspada.

“Bagi Kemboja ini adalah perlawanan kedua tapi Malaysia adalah yang pertama dan kami mahukan kemenangan untuk dijadikan pemangkin dan moral dalam pasukan.

“Mungkin lawan memiliki momentum selepas menewaskan Singapura 1-0 tapi kami akan tampil dengan semangat memburu kemenangan,” katanya.

Mengakui turut menyaksikan perlawanan membabitkan Kemboja menentang Singapura, Hassan melihat lawan memiliki beberapa kelebihan dari segi fizikal dan kepantasan.


Pengarang :