Kenderaan Komuniti MBSA yang disediakan secara percuma kepada orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas sekitar Shah Alam untuk mendapatkan rawatan di hospital serta pusat rawatan terpilih. Foto MBSA
PBTSELANGOR

Kenderaan Komuniti sedia bawa warga emas, OKU ke hospital secara percuma

SHAH ALAM, 12 JULAI: Warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang ingin ke hospital boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran secara percuma yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Khidmat Kenderaan Komuniti yang beroperasi sepanjang Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang boleh diperoleh dengan menghubungi Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA ditalian 03-5522 2732.

Lokasi penghantaran adalah seperti berikut:

  •  Klinik Kesihatan Seksyen 7 dan Seksyen 19
  • Klinik Kesihatan Bukit Kuda
  • Hospital Besar Shah Alam
  • Hospital Besar Sungai Buloh
  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya

Penyediaan Kenderaan Komuniti adalah inisiatif MBSA menerusi tanggungjawab sosial korporat dan keprihatinannya berikutan perkhidmatan pengangkutan kepada golongan terbabit terhad dan sukar didapati.

Setakat ini, MBSA mempunyai dua unit kenderaan iaitu van yang diubah suai mengikut keperluan golongan OKU dan sebuah Proton Exora untuk warga emas.


Pengarang :