Orang ramai membeli barangan keperluan pada program Jualan Prihatin Rakyat di pekarangan Dewan Orang Ramai Kampung Padang Jawa, Shah Alam pada 10 April 2022. Foto REMY ARIFIN SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Kerajaan tiada mekanisme tangani kenaikan harga barang

SHAH ALAM, 1 JULAI: Kerajaan pusat tidak mempunyai mekanisme baharu bagi mengatasi kenaikan harga barang sehingga memberi kesan kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Ahli Dewan Negeri Sentosa berkata sekiranya kerajaan Malaysia tidak mengambil langkah proaktif, negara berkemungkinan besar berada dalam keadaan inflasi melampau.

Menurut Dr G Gunaraj, kerajaan melalui agensinya perlu mengawal selia kenaikan harga barangan bagi mengimbangi risiko inflasi terutamanya inflasi melampau.

“Menteri dan pihak berkuasa terbabit hendaklah memantau kenaikan harga barangan untuk mengelak daripada membebankan rakyat.

“Segala strategi dan inisiatif perlu diambil untuk memastikan harga barangan dan makanan tidak terus naik kerana ia merupakan bom jangka yang amat berbahaya,” katanya menerusi kenyataan.

Gunaraj yang juga pegawai khas perhubungan masyarakat Dato’ Menteri Besar turut mencadangkan pimpinan kerajaan pusat dipotong gaji bulanan jika masih gagal menyelesaikan kemelut ekonomi negara dengan kadar segera.

“Perkara ini wajar kerana, sebagai pemimpin yang telah diberikan kuasa telah gagal membela nasib rakyat yang sedang sengsara dibawah,” katanya.


Pengarang :