AGENDANASIONAL

Kes harian Covid-19 lepasi paras 5,000, ragut sembilan lagi nyawa

SHAH ALAM, 16 JULAI: Angka jangkitan harian Covid-19 semalam melepasi paras 5,000 dengan rekod 5,230 termasuk 11 kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 4,576,164 semuanya.

Berdasarkan data di laman web CovidNow, Selangor mencatat 1,877 kes diikuti Kuala Lumpur (1,584), Perak (399), Sabah (261), Negeri Sembilan (236) dan Pulau Pinang (219) kes.

Di Melaka 140 kes direkodkan, Johor (107), Putrajaya (102), Kedah (76), Pahang (70), Sarawak (68), Kelantan (48), Terengganu (23), Labuan (12) dan Perlis lapan kes.

Kali terakhir negara mencatatkan jangkitan harian pada paras 5,000 adalah pada 23 April iaitu 5,624 kes.

Mengikut data itu lagi, sejumlah 2,927 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 adalah 4,536,946 kes.

Sembilan lagi kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35, 844.

Sehingga kini 41,208 kes aktif dilaporkan dengan 39,703 kes dikuarantin di rumah, 30 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,411 kes di hospital, 20 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 44 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.


Pengarang :