Picagari dengan jarum dilihat di hadapan graf stok yang dipaparkan perkataan “Omicron SARS-CoV-2” dalam ilustrasi yang diambil. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes naik 31 peratus dalam empat hari, subvarian Omicron kian merebak

SHAH ALAM, 8 JULAI: Negara berkemungkinan berdepan gelombang keempat Covid-19 susulan pengesanan kehadiran subvarian Omicron BA.5, kata menteri kesihatan.

Khairy Jamaluddin berkata kes harian dari 3 hingga 7 Julai sahaja meningkat sebanyak 31 peratus.

Sehubungan itu, Khairy meminta individu yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak untuk segera berbuat demikian.

Semalam, kes jangkitan baharu Covid-19 melepasi angka 4,000 apabila sebanyak 4,020 kes direkodkan setakat tengah malam tadi.

Kali terakhir negara ini mencatat kes lebih 4,000 adalah pada 24 April lalu dengan 4,006 kes.

Kelmarin, jangkitan mencatatkan 3,561 kes manakala 2,932 kes pada Selasa.

 

BERITA MENYUSUL


Pengarang :