Tangkap layar episod 4: Misi Menyelamatkan Sungai Kita‘, Air Selangor x BoBoiBoy
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kisah BoBoiBoy, raksasa didik masyarakat jaga alam raih 2.4 juta tontonan di YouTube

SHAH ALAM, 12 JULAI: Episod keempat kempen menyelamat sungai anjuran Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) menggunakan watak animasi popular BoBoiBoy mendapat sambutan hangat.

‘Sertai BoBoiBoy Air dalam Misi Selamatkan Sungai Kita’ ditonton lebih 2.5 juta di YouTube setakat 14 Julai sejak ditayangkan hampir sebulan lepas.

Animasi selama tiga minit itu membawa mesej jelas, betapa penting masyarakat berganding bahu menjaga alam sekitar sebelum bencana hadir menghukum manusia.

Ketika pelancaran episod ini sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bulan lalu, Air Selangor menjelaskan siri khas itu membawa tema Selamatkan Sungai Kita.

“Ia menceritakan perjalanan BoBoiBoy ketika menentang raksasa sampah bagi memastikan sungai bebas dari sebarang pencemaran,” kata Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri.

“Ia adalah kerjasama kali keempat antara Air Selangor dan Animonsta Studios sejak dilancarkan pada Jun tahun lalu.”

Tangkap layar episod 4: Misi Menyelamatkan Sungai Kita‘, Air Selangor x BoBoiBoy

Dalam video tersebut, raksasa hijau bernama Sam muncul dari dasar sungai mengamuk, menyebabkan orang awam termasuk BoBoiBoy serta Tok Abah yang kebetulan berada di situ
terkejut.

Bagi melemahkan Sam, orang ramai bergotong-royong membersihkan sungai dan akhirnya raksasa itu dihapuskan.

Tiga episod animasi iaitu Misi Khas BoboiBoy Air, Sertai Misi Khas BoboiBoy Air Sekarang dan Manfaat Air Hujan mendapat lebih daripada 7.7 juta tontonan di Youtube.

 

 


Pengarang :