Orang ramai hadir mendapatkan dos penggalak menerusi program Vaksin Selangor (Selvax) Booster peringkat DUN Pandamaran di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 16 Januari 2022. Foto PEJABAT DUN PANDAMARAN
BERITA UTAMASELANGOR

Klinik Selcare tawar dos penggalak, vaksin Covid-19 percuma bagi kanak-kanak menerusi Selvax

SHAH ALAM, 12 JULAI: Orang ramai yang ingin mendapatkan dos penggalak dan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak secara percuma boleh berbuat demikian menerusi program Vaksin Selangor (Selvax).

Selcare memaklumkan orang ramai boleh membuat tempahan menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau datang terus ke Klinik Selcare bagi mendapatkan suntikan.

“Dapatkan suntikan dan dos penggalak vaksinasi Covid-19 melalui program Selvax di semua cawangan Klinik Selcare secara percuma.

“Klinik Selcare kami menyediakan vaksinasi Covid-19 (dua dos) untuk individu berumur lima tahun ke atas serta dos penggalak dan dos penggalak kedua untuk individu berumur 18 tahun ke atas,” katanya di Facebook.

Senarai klinik terlibat boleh didapati di laman sesawang https://selcareclinic.com/our-clinics/ atau melalui SELangkah.

Setakat Februari, seramai 74,000 individu sudah menerima suntikan dos penggalak melalui program Selvax Booster sejak Disember lalu.

Selangor turut menganjurkan program Selvax Remaja pada Oktober tahun lalu, yang menyediakan 150,000 dos pelalian selepas mendapat persetujuan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pengarang :