Seramai 223 mualaf diberi pendedahan konsep ibadah dan sembelihan korban dari perspektif Islam di Pusat Kegiatan Guru Daerah Hulu Langat pada 10 Julai 2022. Foto Facebook LZS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lebih 200 mualaf diberi pendedahan konsep ibadah korban

SHAH ALAM, 12 JULAI: Seramai 223 mualaf diberi pendedahan konsep ibadah dan sembelihan korban dari perspektif Islam pada Hari Raya Aidiladha, Ahad lalu.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan mereka bersama ahli keluarga turut menunaikan solat sunat Aidiladha dan menjadi peserta korban pada program yang diadakan di Pusat Kegiatan Guru Daerah Hulu Langat.

“Rata-rata peserta menyatakan ini adalah pengalaman pertama dan sesuatu yang baru bagi mereka. Malah program ini juga meningkatkan lagi kefahaman mereka berkaitan Islam,” katanya di Facebook.

LZS berkata program itu diadakan secara bersama pihaknya dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.

“Program ini juga sebahagian daripada program yang disusun bersempena dengan Penghayatan Bulan Mualaf Mais dan agensi anak syarikat yang lain sepanjang Julai ini.

“Diharapkan dengan adanya program seperti ini pemahaman mualaf akan dapat dipertingkatkan sekali gus meningkatkan lagi ketaqwaan dan rasa cinta kita terhadap Islam itu sendiri,” katanya.

 


Pengarang :