Ahli parti mendengar ucapan perasmian Presiden Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Kongres Nasional ke-16 Keadilan di Ideal Convention Centre, Shah Alam pada 16 Julai 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lebih 2,000 perwakilan mengundi pilih 20 ahli MPP

SHAH ALAM, 16 JULAI: Pengundian terakhir bagi memilih 20 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini membabitkan 2,665 perwakilan.

Bercakap di pentas Kongres Nasional ke-16 KEADILAN, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Saiful Izham Ramli berkata tempoh mengundi bermula jam 11 pagi dan berakhir jam 6 petang.

“Proses pengundian hari ini melibatkan 2,665 perwakilan yang hadir dan mengundi bagi memilih 20 orang ahli MPP sesi 2022 dan 2025.

“Kali ini kita sediakan 100 tablet untuk melancarkan proses pengundian. Saya yakin perwakilan telah pernah menggunakan sistem ini (sepanjang pemilihan 2022),” katanya yang turut memberi panduan kepada perwakilan untuk mengundi.


Pengarang :