Pemain Kuala Lumpur City FC Muhammad Akram Mahinan (kanan) diasak pemain Selangor FC Muhammad Fazly Mazlan ketika perlawanan Liga Super 2022 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 20 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Liga Super: Selangor FC beraksi 10 pemain, ikat KL City 1-1

SHAH ALAM, 20 JULAI: Pertemuan dua pasukan Lembah Klang, Selangor FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC berakhir dengan keputusan 1-1 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, malam ini.

Gol Red Giants disumbang kapten pasukan Brendan Gan pada minit ke-37 manakala gol KL City hasil jaringan pemain import Romel Morales pada minit ke-68.

Memasuki separuh masa kedua, Selangor terpaksa beraksi 10 pemain setelah Ahmad Zikri Khalili diperintah keluar padang pada minit ke-55 selepas dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah.

KL City dihadiahkan sepakan penalti selepas Jordan Mintah dijatuhkan Sharul Nazeem namun Romel Morales gagal menyudahkannya selepas Sam Sommerville bertindak cemerlang menyelamatkan penalti.

Keputusan seri menyaksikan Selangor di tangga kelima liga dengan 16 mata manakala KL City mengutip 15 mata di tangga ketujuh.

Perlawanan lain menyaksikan Petaling Jaya City FC seri 2-2 dengan Melaka United FC di gelanggang lawan manakala Penang FC tewas 0-1 kepada  Johor Darul Ta’zim FC (JDT).


Pengarang :