Aksi pemain Selangor FC ketika menentang pasukan Negeri Sembilan FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 31 Julai 2022. Foto Facebook Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Liga Super: Selangor FC tewas 2-3 dengan Negeri Sembilan FC

SHAH ALAM, 31 JULAI: Selangor FC gagal meraih kelebihan bersaing di laman sendiri apabila tewas 2-3 dengan Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super sebentar tadi.

Skuad Gergasi Merah yang menguasai perlawanan separuh pertama dengan jaringan 2-0 ternyata tidak berupaya mengekang asakan pasukan lawan dalam saingan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Negeri Sembilan FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-80 hasil jaringan Gustavo Dos Santos dan gol kemenangan pada minit ke-89 oleh Sean Selvaraj.

Terdahulu, gol Selangor FC disumbangkan oleh Herlison Caionn pada minit ke- 8 dan diikuti Yazan Al Arab pada minit ke-30.

Selangor FC kini menduduki tempat keenam dalam carta kedudukan Liga Super dengan 16 mata selepas 13 perlawanan.

Takhta liga kini diungguli oleh JDT dengan 32 mata diikuti Sabah FC (31) dan Negeri Sembilan di tempat ketiga dengan 26 mata.


Pengarang :