Aksi pemain Selangor FC dan Sri Pahang FC pada perlawanan Liga Super 2022 di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 27 Julai 2022. Foto Facebook Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Liga Super: Selangor FC tewas di tangan Sri Pahang FC

SHAH ALAM, 27 JULAI: Selangor FC tewas di tangan Sri Pahang FC dengan keputusan 0-2 dalam perlawanan Liga Super 2022 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Skuad Tok Gajah itu berjaya mengutip tiga mata di laman sendiri dengan jaringan dua gol pada separuh masa pertama, lapor Berita Harian.

Awal perlawanan, Gergasi Merah jelas menguasai perlawanan sepanjang 30 minit hingga memberikan tekanan kepada Sri Pahang.

Ketinggalan 2-0, Selangor berusaha untuk mendapatkan gol tetapi terpaksa akur keputusan itu kekal bagi tempoh 45 minit perlawanan.


Pengarang :