Aksi pemain Selangor FC ketika menentang Penang FC di Kelana Jaya hari ini. Foto Twitter Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Liga Super: Selangor FC tewaskan Penang FC 2-0

SHAH ALAM, 16 JULAI: Selangor FC berjaya menewaskan Penang FC 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya sebentar tadi.

Gol kemenangan Selangor FC dijaringkan oleh Shahrel Fikri Fauzi dan Syahir Bashah, masing-masing pada minit ke-73 dan ke-79.

Berikutan kemenangan itu, Selangor FC kini berada di kedudukan kelima Liga Super dengan 15 mata selepas 10 perlawanan.

Kedudukan Liga Super ketika ini diketuai Johor Darul Ta’zim dengan 26 mata, diikuti Sabah FC (22 mata), Negeri Sembilan FC (20 mata) dan Terengganu FC (16 mata).


Pengarang :