Kelihatan sebuah rumah di pinggir sungai langat musnah di Hulu Langat sekitar jam 6.30 petang ketika tinjauan keadaan selepas banjir pada 22 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lima sektor diberi tumpuan lestari pembangunan negeri

SHAH ALAM, 27 JULAI: Lima sektor diberi tumpuan bagi menyokong pembangunan kelestarian negeri melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sektor itu merangkumi daya tahan dan pengurusan bencana, pengurusan air, negeri rendah karbon, pengurusan sisa serta biodiversiti dan sumber asli.

“Peralihan kepada pendekatan lebih lestari diperlukan setiap masa dalam membuat keputusan bagi meningkatkan keutamaan alam sekitar yang lestari serta berlandaskan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Amalan Tadbir Urus (ESG),” katanya.

Bercakap ketika membentangkan RS-1 di Dewan Negeri Selangor, beliau berkata isu kelestarian dan alam sekitar sentiasa menjadi isu utama di peringkat global.

Berdasarkan Laporan Risiko Global 2021 terbitan Forum Ekonomi Dunia, Amirudin menjelaskan risiko jangka panjang yang kritikal dihadapi ketika ini bertumpu kepada alam sekitar dan perubahan iklim.

“Ia termasuk kelemahan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap pihak yang melakukan ‘jenayah alam sekitar’.

“Di Malaysia dan Selangor, kedua-dua isu ini sering hangat diperkatakan dalam arus perdana apabila berlakunya tanah runtuh, banjir kilat dan sumber bekalan air tercemar,” katanya.


Pengarang :