Kakitangan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Petronas, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergotong-royong melapah daging lembu pada program Korban Perdana LZS 2022 di Kompleks Bait Al-Hasanah Perepat, Klang pada 13 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

LZS agih daging korban kepada 300 keluarga asnaf

KLANG, 13 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan Program Korban Perdana 2022 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Bait Al-Hasanah di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata sebanyak 13 ekor lembu dan empat kambing dikorbankan sumbangan syarikat korporat dan individu.

Beliau menjelaskan program yang dilaksana sejak 2017 melibatkan agihan kepada 300 keluarga asnaf fakir dan miskin sekitar Klang, Petaling dan Kuala Langat.

“Kita juga akan melawat beberapa rumah asnaf untuk diagihkan sumbangan keperluan harian. Program korban perdana ini dapat diteruskan selepas dua tahun kita berdepan pandemik Covid-19,” katanya.

Dalam program itu, Mohd Sabirin turut mengagihkan wang belanja harian kepada 125 anak-anak asnaf yang tinggal di asrama Bait Al-Hasanah bagi meraikan golongan kurang berkemampuan.


Pengarang :