Orang Besar Daerah Kuala Selangor Dato’ Mohamad Yaacob Ismail (tengah) menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di Pejabat Penghulu Mukim Tanjung Karang 2 pada 28 Julai 2022. Foto Facebook LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
AGENSISELANGOR

LZS bantu 179 mangsa ribut di Tanjung Karang, rumah asnaf terjejas siap dibaiki

SHAH ALAM, 29 JULAI: Seramai 179 mangsa ribut di Tanjung Karang menerima bantuan wang tunai daripada Lembaga Zakat Selangor, semalam.

Agensi berkenaan di Facebook memaklumkan, bantuan disalurkan terus ke akuan mangsa selain beberapa rumah asnaf yang terjejas sudah siap dibaiki.

“Terima kasih juga kepada pengeluar zakat. Dengan zakat anda, kami salurkan kepada mereka yang memerlukan,” tulisnya di Facebook.

Majlis yang berlangsung di perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Tanjung Karang 2 disempurnakan Orang Besar Daerah Kuala Selangor Dato’ Mohamad Yaacob Ismail.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 200 keluarga terkesan akibat kejadian ribut dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di Tanjung Karang pada 11 Mei.

 


Pengarang :