Skuad Jejak Kemiskinan dari Lembaga Zakat Selangor meninjau beberapa perumahan dan flat sekitar Gombak bagi menjejaki keluarga yang memerlukan pada 27 Julai 2022. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS kesan lebih 100 keluarga susah sekitar Gombak, salur bantuan bersesuaian

SHAH ALAM, 28 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) berjaya mengesan lebih 100 keluarga terjejas sekitar Gombak.

Agensi itu di Facebook berkata data setiap keluarga sedang disemak sebelum bantuan bersesuaian diberikan bagi meringkan beban mereka.

“Program ini diadakan sebagai rutin inisiatif LZS daerah Gombak dalam menyantuni masyarakat yang menghadapi masalah dan memerlukan bantuan.

“Insya-Allah program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang ke kawasan lain,” katanya.

Sejak semalam, SJK dengan kerjasama Penolong Amil Kariah Masjid Ar-Rahimah Taman Greenwood dan Pengerusi Surau Al-Ehsan Flat Taman Samudera meninjau rumah di beberapa perumahan dan flat sekitar Gombak bagi mengesan keluarga yang memerlukan.


Pengarang :