M Nasir (dua, kanan) dan Zoul (dua, kiri) bergambar bersama anggota Kembara atas bumbung Central Market Kuala Lumpur. Foto Facebook M.Nasir
AGENDANASIONAL

M Nasir ajak peminat ‘berparti’ bersama Kembara di konsert 31 Julai

SHAH ALAM, 7 JULAI: Penyanyi dan komposer terkenal Datuk M Nasir mengajak semua peminatnya untuk mendapatkan tiket konsert Kembara yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 31 Julai.

“Anda dah siap berparti bersama Kembara? Tiket masih boleh didapati di www.myticket.asia,” tulisnya di Facebook baru-baru ini.

Kembara yang diketuai sifu muzik itu bakal mendendangkan rangkaian lagu malar segar bagi mengubat rindu peminat selepas lapan tahun tidak beraksi di hadapan penonton.

Kali terakhir kumpulan ikonik era 1980-an itu beraksi di Istana Budaya Kuala Lumpur ketika Konsert Hati Emas Kembara pada 2014.

Selain M Nasir, konsert yang dibawa Shiraz Projects Sdn Bhd turut disertai Zoul yang bermain gitar dan menyanyi, Rahman Suri (bes), Shahrum Basiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard).

Tiket pakej istimewa termasuk sesi ramah mesra dengan anggota Kembara berharga RM860; Diamond (RM460), Platinum (RM360), Gold (RM260), Silver (RM200) dan Bronze (RM160), boleh dibeli di www.myticket.asia.

Peminat juga boleh mendapatkan kemeja-T eksklusif Kembara apabila membeli tiket.


Pengarang :