Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan fidyah berjumlah RM11,600 bagi membantu 116 keluarga asnaf sekitar Petaling Jaya pada 1 Julai 2022. Foto Mais
AGENSISELANGOR

Mais agih bantuan RM 11,600, manfaat 116 keluarga asnaf

SHAH ALAM, 1 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan fidyah berjumlah RM11,600 untuk membantu 116 keluarga asnaf sekitar Petaling Jaya, hari ini.

Agensi itu memaklumkan sumbangan diagihkan menerusi rakan strategik Mais iaitu Pertubuhan Kebajikan Ehsan di Apartment Idaman dan Pangsapuri Sri Cemara, Damansara.

“Seramai 116 penerima menerima bantuan fidyah Mais berupa pek makanan kering bernilai keseluruhan sebanyak RM11,600.

“Semoga memberi sinar harapan dan meringankan beban kepada mereka yang memerlukan,” katanya di Facebook.

Mais turut mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar fidyah dan berharap sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Masyarakat Islam yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian menerusi pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.


Pengarang :