Mais mengagihkan sumbangan fidyah kepada 421 keluarga yang layak di daerah Kuala Selangor, Petaling Jaya dan Hulu Langat dengan nilai sumbangan berjumlah RM42,100.00. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais agih sumbangan fidyah RM42,100 kepada 421 keluarga

SHAH ALAM, 1 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan fidyah berjumlah RM42,100 kepada 421 keluarga di Kuala Selangor, Petaling Jaya dan Hulu Langat semalam.

Agensi itu memaklumkan sumbangan berbentuk set makanan kering seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan susu berjumlah RM100 kepada setiap keluarga.

“Daripada 421 penerima, 205 keluarga dari Kuala Selangor, Petaling Jaya 111 keluarga manakala Hulu Langat pula seramai 105 keluarga.

“Agihan fidyah ini disalurkan menerusi rakan strategik agihan fidyah Mais antaranya Muslim Care Global (MCG), Persatuan Halaqah al-Quran Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Harun Kuala Selangor,” katanya di Facebook.

Mais turut mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar fidyah dan berharap sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.

Masyarakat Islam yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian menerusi pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.


Pengarang :