Antara ahli kariah yang hadir pada Program Le Tour D’Masjid sempena Program Penghayatan Bulan Mualaf 2022 di Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27 pada 5 Julai 2022. Foto Facebook Mais
AGENSISELANGOR

Mais anjur taklimat pengislaman, galak orang awam santuni mualaf

SHAH ALAM, 7 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menganjurkan taklimat berkaitan pengurusan pengislaman sempena Program Penghayatan Bulan Mualaf 2022 Selasa lalu.

Program Le Tour D’Masjid di Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27 di sini bertujuan menggalak institusi masjid dan orang awam menyantuni mualaf terutama mereka yang tinggal di kawasan kariah.

Menurut Mais seramai 80 jemaah masjid hadir bagi mengikuti program anjuran Sektor Sosial.

“Semoga jemaah mendapat manfaat dan pencerahan berhubung proses pendaftaran pengislaman di Selangor,” katanya menerusi Facebook

Taklimat berkaitan tatacara pengislaman seperti majlis syahadah dan permohonan kad Islam disampaikan Eksekutif Bahagian Pendaftaran Mualaf dan Pembangunan PIBK Mais Che Mohd Noor Lee Abdullah Lee.

Turut diadakan kaunter Klinik Guaman Syarie Mais kepada kariah masjid yang ingin mendapatkan nasihat perundangan keluarga.


Pengarang :