Dr Maszlee Malik. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Maszlee, Hans Isaac antara 20 MPP KEADILAN penggal baharu

SHAH ALAM, 17 JULAI: Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik memperoleh undi tertinggi pemilihan 20 jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) penggal 2022/2025.

Bekas menteri pendidikan itu mendapat undian 1,091 perwakilan yang dilakukan pada hari kedua Kongres Nasional Keadilan ke-16.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) turut mengumumkan selebriti terkenal Datuk Gerald Hans Isaac dan EXCO Alam Sekitar Kerajaan Selangor Hee Loy Sian tersenarai dalam jawatankuasa MPP berkenaan.

Senarai penuh adalah seperti berikut:

1. YB Maszlee Malik – 1091
2. YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir- 956
3. Romli Ishak – 878
4. Fahmi Zainol – 817
5. Yahya Sahri – 804
6. YB Nurin Aina – 797
7. YB Lee Chean Chung – 788
8. Siti Aishah -783
9. Syed Ibrahim Syed Noh – 739
10. Gerald Hans Isaac – 720
11. Simon Ooi – 703
12. YB Wong Chen – 697
13. Raiyan Abdul Rahim – 697
14. YB Tan Kar Hing – 648
15. Zahir Bin Hassan – 642
16. David Cheong – 622
17. YB Hee Loy Sian – 619
18. Amidi Abdul Manan – 617
19. YB Elizabeth Wong – 598
20. YB Muhammad Bakhtiar – 59

 

 

 


Pengarang :