AGENDANASIONAL

Mat Kilau atasi kutipan filem Hollywood, raih RM23.3 juta dalam seminggu

SHAH ALAM, 1 JULAI: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang ditayangkan mulai 23 Jun lalu meraih kutipan lebih RM23.3 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan.

Pengarahnya Syamsul Yusof berkata kutipan filem itu juga mengatasi karya lain termasuk dari Hollywood yang sedang ditayangkan ketika ini.

“Mat Kilau masih berjaya menduduki carta pecah panggung nombor satu mengatasi filem Hollywood Minions, Jurassic World: Dominion,Elvis dan Top Gun: Maverick.

“Filem epik Melayu terpantas capai 23.3 juta hanya dalam masa tujuh hari,” katanya melalui Instagram.

Filem Mat Kilau yang menelan belanja RM8 juta menampilkan Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Wan Hanafi Su, Yayan Ruhian dan ramai lagi.


Pengarang :