AGENDANASIONAL

Maybank: Perkhidmatan MAE, M2U MY alami gangguan

SHAH ALAM, 25 JULAI: Maybank memaklumkan berlaku gangguan pada perkhidmatan perbankan mudah alih  MAE dan M2U MY pagi ini.

Syarikat itu menerusi Facebook berkata perkhidmatan bagaimanapun masih boleh diteruskan menerusi web Mayabank2u.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha untuk menyelesaikan gangguan itu secepat mungkin,” katanya.

Menurut Maybank, gangguan perkhidmatan pagi itu berjaya diatasi kira-kira jam 2.20 petang tadi.

“Harap maklum bahawa semua perkhidmatan kami kembali seperti biasa pengguna boleh melakukan transaksi perbankan di seluruh platform kami.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku hari ini. Kami berterima kasih atas kesabaran dan sokongan anda yang berterusan,” katanya.

 

 


Pengarang :