Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab soalan dikemukakan wakil rakyat dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di Bangunan Annex, Shah Alam pada 29 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Bantuan berterusan, jual tanpa orang tengah bantu petani hadapi inflasi

SHAH ALAM, 29 JULAI: Kerajaan Negeri memberi bantuan serta insentif secara berterusan kepada petani dan penternak bagi memastikan golongan itu tidak terjejas menghadapi inflasi.

Dato’ Menteri Besar berkata bantuan input pertanian dan makanan ternakan membantu pengusaha yang terkesan dengan peningkatan kos antara 25 peratus hingga 100 peratus.

“Kita juga menambah lokasi jualan secara terus hasil segar menerusi program Agro Prihatin seperti Selangor Agro Market dan Program Ehsan dengan kadar harga jualan yang lebih baik, yang masih rendah berbanding dengan jualan kepada orang tengah.

“Kita telah melaksanakannya di lebih 53 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pada musim perayaan di lebih lapan lokasi jualan…di mana lebih 153,000 ekor ayam terjual. Ia diharap mampu mengurangkan kesan kepada pengusaha,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari, hari ini.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Sungai Air Tawar Datuk Rizam Ismail mengenai usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan petani dan penternak yang menghadapi inflasi tidak terjejas dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Pada 19 Jun lalu, sempena Jelajah Selangor Penyayang di Hulu Langat, Kerajaan Negeri mengumumkan agihan hampir RM2 juta kepada golongan petani

Inisiatif tersebut melibatkan bantuan input seperti biji benih, baja dan mesin sebagai usaha membantu petani mendapatkan hasil berkualiti.

 


Pengarang :