Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap merasmikan Simposium Pra-Pelancaran Rancangan Selangor Pertama (RS-1) 2021-2025 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 7 Julai 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Idea rakyat dimasuk dalam Rancangan Selangor Satu

GOMBAK, 10 JULAI: Rancangan Selangor Satu (RS-1) yang bakal dibentangkan pada bulan ini telah mengambil kira idea dikemukakan rakyat, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata proses mengumpul pandangan orang ramai dilaksana serta diteliti sejak awal lagi sebelum penghasilan RS-1 siap sepenuhnya.

“Sudah pasti Kerajaan Negeri dapatkan pandangan rakyat dan sekarang ini simposium pun sudah berlaku.

“Kita bukan lakukannya selama sehari tetapi telah bentang, lapor dan mendapatkan maklum balas dari  jabatan, agensi dan orang ramai. Semua proses ini dilakukan sebelum ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menjalankan ibadah korban di Masjid Al-Taqwa di sini, hari ini.

RS-1 yang bakal dibentang bulan ini merangkumi pelbagai aspek bermula daripada kebajikan rakyat sehingga meningkatkan mutu perkhidmatan awam.

Terdapat empat prinsip dalam RS-1 iaitu ekonomi, sosial, kelestarian dan tadbir urus bagi menjayakan agenda Negeri Pintar menjelang 2025.

Khamis lalu, bertempat di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Amirudin hadir melancarkan Majlis Simposium Prapelancaran RS-1 2021-2025.


Pengarang :