Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama EXCO dan pegawai Kerajaan Negeri melaungkan takbir hari raya yang dipimpin Imam Besar Muhammad Farhan Wijaya di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 9 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB, pimpinan Selangor laung takbir raya di masjid negeri

SHAH ALAM,9 JULAI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melaungkan takbir sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini malam ini.

Alunan takbir raya yang disertai kira-kira 150 jemaah itu yang dipimpin Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Muhammad Farhan Wijaya.

Hadir sama, EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kassim, Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

Terdahulu, Amirudin tiba kira-kira jam 8.30 malam bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah dengan diimami Imam Abdul Karim Omar.


Pengarang :