Sekitar majlis penyampaian hadiah Kejuaraan B-19 AFF 2022 di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia, malam tadi. Foto Facebook Football Association of Malaysia
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Kejayaan skuad B-19 beri sinar harapan masa depan bola sepak negara

SHAH ALAM, 17 JULAI: Dato’ Menteri Besar merakam ucapan tahniah kepada skuad muda Harimau Malaya yang menjuarai Kejohanan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, jumaat lalu.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kejayaan skuad kendalian Hassan Sazali Mohd Waras membenam Laos dengan mata 2-0 menerbitkan sinar harapan buat masa depan bola sepak negara.

“Syabas Harimau Malaya Bawah 19 Tahun yang menjuarai Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 selepas berjaya menjinakkan Laos 2-0!

“Ramuan kerjasama dan disiplin yang benar-benar mantap, menerbitkan sinar harapan buat masa depan bola negara!,” ucapnya di Facebook.

Jumaat lepas, skuad B-19 negara muncul juara Kejohanan B-19 AFF 2022 setelah menumpaskan Laos 2-0 pada aksi final di Stadium Patriot Candrabhaga di Bekasi, Indonesia.

Kejayaan berikut adalah kali kedua buat Malaysia apabila skuad B-19 kebangsaan yang dibimbing pengendali Kuala Lumpur City FC Bojan Hodak turut menjuarai kejohanan itu pada edisi 2018.


Pengarang :