Air Selangor membuat hebahan menyeru penduduk negeri ini memohon Skim Air Darul Ehsan bagi mendapatkan air percuma. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB pelawa penduduk negeri mohon skim air percuma

SHAH ALAM, 12 JULAI: Penduduk negeri ini dipelawa untuk memohon Skim Air Darul Ehsan bagi menikmati air percuma jika belum berbuat demikian.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan sebanyak 20 meter padu air akan diberi secara percuma kepada golongan yang layak.

“Program ini khusus untuk meringankan beban golongan yang memerlukan. Antara salah satu program dalam agenda menjaga kebajikan rakyat untuk mengurangkan beban kos sara hidup.

“Proses permohonan juga dimudahkan oleh Air Selangor menerusi pilihan sama ada kaedah dalam talian atau melalui kaunter perkhidmatan pelanggan,” katanya di Facebook.

Permohonan dalam talian boleh dibuat menerusi https://www.airselangor.com/residential/skim-air-darul-ehsan/ .

Syarat kelayakan antaranya pemohon mesti warganegara Malaysia dan menetap di Selangor dengan pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.

Premis kediaman pula mesti jenis meter individu dan pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun.


Pengarang :