SHAH ALAM, 13 JULAI: Seramai 100 anak yatim dirai oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dengan menonton filem Mat Kilau:Kebangkitan Pahlawan di TGV Central I-City di sini hari ini.
Program diatur Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) turut dihadiri pelakon filem itu sendiri iaitu A Galak, Farid Amirul dan Geoff Andre Feyaerts.
Dalam program sama, Amirudin turut menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada setiap pertubuhan anak yatim berkenaan.
Pertubuhan terlibat adalah Pertubuhan Kebajikan Mesra AsSalam; Asrama Haluan Penyayang; Pertubuhan Baitul Shakinah As Shariff; Rumah Amal Raudhatul Jannah dan Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2022/07/PSX_20220713_212554-500x333.jpg)