Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama 100 orang anak yatim sebelum tayangan filem Mat Kilau anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) di TGV Central i-City, Shah Alam pada 13 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDAAGENSIBERITA UTAMANASIONALSELANGOR

MB rai anak yatim tonton filem Mat Kilau, hulur sumbangan RM1,000

SHAH ALAM, 13 JULAI: Seramai 100 anak yatim dirai oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dengan menonton filem Mat Kilau:Kebangkitan Pahlawan di TGV Central I-City di sini hari ini.

Program diatur Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) turut dihadiri pelakon filem itu sendiri iaitu A Galak, Farid Amirul dan Geoff Andre Feyaerts.

Dalam program sama, Amirudin turut menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada setiap pertubuhan anak yatim berkenaan.

Pertubuhan terlibat adalah Pertubuhan Kebajikan Mesra AsSalam; Asrama Haluan Penyayang; Pertubuhan Baitul Shakinah As Shariff; Rumah Amal Raudhatul Jannah dan Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura sumbangan kepada pertubuhan sebelum tayangan filem Mat Kilau anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) di TGV Central i-City, Shah Alam pada 13 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :