Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiruddin Shari (lima, kiri) menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Al-Abrar, Taman Selayang, Batu Caves, Gombak pada 10 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB sekeluarga tunai solat Aidiladha di Selayang

GOMBAK, 10 JULAI: Dato’ Menteri Besar hari ini meluangkan masa menunaikan solat sunat Aidiladha bersama jemaah di Surau Abrar, Taman Selayang di sini.

Dato’ Seri Amirudin Shari tiba bersama isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad bersama enam anaknya pada jam 7.50 pagi.

Sejurus selesai menunaikan solat dan mendengar khutbah, beliau melihat proses penyembelihan lembu bagi ibadah korban di kawasan berdekatan.

Beliau dijadual menghadiri aktiviti penyembelihan lembu sempena ziarah korban di beberapa lokasi di Parlimen Gombak.

Antaranya bermula di kawasannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Masjid Selayang Baru, Masjid Jamek Kampung Nakhoda dan Masjid An Nur Wira Damai.

Kemudian di DUN Gombak Setia di Surau Darul Hidayah, Pinggiran Batu Caves dan Masjid Ar Rahimah, Taman Greenwood.

Amirudin turut dijadual ke DUN Hulu Kelang iaitu Surau Taman Permata, Jalaan Permata 4 juga bagi aktiviti penyembelihan.


Pengarang :