Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan Bantuan Sekolah Negeri Selangor sempena Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB serah bantuan RM1.83 juta, baik pulih kemudahan sekolah sekitar Gombak

GOMBAK, 31 JULAI: Dato’ Menteri Besar menyerahkan Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022 berjumlah lebih RM1.83 juta kepada 10 buah sekolah di daerah ini, hari ini,

Sumbangan untuk membaik pulih infrastruktur itu disampaikan Dato’ Seri Amirudin Shari kepada wakil pentadbiran sekolah sempena Jelajah Selangor Penyayang di Padang Awam Batu Caves.

Sekolah yang menerima manfaat tersebut ialah Sekolah Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) Integrasi Al-Ehsan, Maahad Tahfiz Huzaifiyyah, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Mustaqim, Sekolah Kebangsaan Selayang Baru (2) dan Sekolah Kebangsaan (2) Gombak.

Turut menerima sumbangan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina San Yuk dan Kheow Bin serta SJK Tamil Batu Caves dan Taman Melawati.

Amirudin yang juga wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada SJK Tamil Batu Caves yang merangkul empat pingat emas dan anugerah khas menerusi Pameran Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (iTEX) ke-33 pada Mei lalu.


Pengarang :