Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kampung Nakhoda sempena sambutan Maal Hijrah di Kolej Teknikal Azmida, Gombak pada 30 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

MB serah sumbangan kepada pelajar kurang berkemampuan

GOMBAK, 30 JULAI: Dato’ Menteri Besar hari ini menyampaikan sumbangan kepada pelajar kurang berkemampuan yang menuntut di Kolej Teknikal Azmida (ATC), Sri Gombak.

Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga wakil rakyat Sungai Tua turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan barang keperluan harian kepada 30 keluarga berpendapatan rendah.

Majlis penyerahan sumbangan itu diadakan pada majlis makan tengah hari sempena sambutan Maal Hijrah anjuran ATC di sini.

Terdahulu, ketibaan Amirudin disambut Pengarah Urusan ATC Mohd Azmi Md Yeusoff.

Dalam majlis tersebut, Amirudin dan tetamu turut dihiburkan dengan persembahan zapin dan seni silat oleh pelajar-pelajar kolej tersebut.


Pengarang :