SHAH ALAM, 23 JULAI: Dato’ Menteri Besar mengucapkan tahniah di atas kejayaan Selangor FC melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala FC 2022 dengan mengalahkan Sabah FC malam ini.
“Tahniah diucapkan kepada pasukan Selangor FC di atas kemenangan 2-0 di perlawanan suku akhir Piala FA.
“Teruskan momentum kejayaan ini hingga dapat menjulang kejuaraan Piala FA musim ini, Insya-Allah,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.
Dalam perlawanan suku akhir di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu skuad Gergasi Merah berjaya mengalahkan pasukan tuan rumah dua gol tanpa balas.
Skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner memperoleh gol pertama menerusi penyerang import, Hyuri Henrique pada awal perlawanan.
Selangor FC mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua hasil jaringan Herlison Caion (mint ke-81).