Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi. Foto Facebook Dr Ahmad Yunus Hairi
AGENDANASIONAL

MB ucap takziah pemergian bapa pesuruhjaya PAS Selangor

SHAH ALAM, 14 JULAI: Dato’ Menteri Besar merakamkan ucapan takziah atas pemergian bapa Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter mendoakan semoga roh Allahyarham Hairi Hassan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Innalillahwainailaihirajiun. Merakamkan ucapan takziah buat YB Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, pesuruhjaya PAS Selangor dan ADN (Ahli Dewan Negeri) Sijangkang di atas pemergian ayahanda beliau.

“Semoga roh Allahyarham Tuan Haji Hairi Haji Hassan dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” tulisnya.

Terdahulu, Dr Ahmad Yunus menerusi Facebook memaklumkan bapanya meninggal dunia pada tengah Khamis.

“Assalamualaikum. Untuk makluman semua. Telah kembalinya kerahmatullah ayahanda Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi sebentar tadi,” tulisnya.


Pengarang :