Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor (kanan) menyampaikan cek cura pemasangan sistem solar kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan Elizabeth Wong di Pangsapuri Taman Bidara, Selayang pada 2 Julai 2022. Foto NORZILAWATI SIDEK/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI peruntuk hampir RM40,000 pasang sistem solar di Flat Taman Bidara

OLEH NORZILAWATI SIDEK

SELAYANG, 2 JULAI: Sebanyak RM36,800 diperuntuk Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi pemasangan dua unit sistem solar di Pangsapuri Taman Bidara di sini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya berkata projek julung kali dibuat pihaknya itu bagi kawasan berkenaan yang sebelum ini tidak mempunyai kemudahan lampu pada waktu malam.

“Ini merupakan projek pertama (MBI) yang melibatkan lampu solar demi keselamatan penduduk yang bergelap pada waktu malam selain isu sosial.

“Dengan adanya kemudahan ini, masalah tersebut dapat diatasi. Walaupun nampak sedikit tapi kesannya sangat memberangsangkan,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Sistem Lampu Solar Pangsapuri Taman Bidara, di sini hari ini. Turut hadir Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan Elizabeth Wong.

Sementera itu, Elizabeth berkata beliau berterima kasih kepada MBI yang meluluskan permohonan bagi kemudahan dipasang di dua blok pangsapuri tersebut.

“Projek ini sangat bermakna kepada penduduk kerana mereka sudah lama bergelap pada waktu malam. Saya meminta peruntukan dana daripada MBI dan akhirnya diluluskan.

“Kemudahan ini juga mengurangkan kos elektrik bagi pemasangan lampu di pangsapuri ini,” kata menambah lampu solar itu siap dipasang pada Mac lalu.


Pengarang :