AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

MBI, PKPS jalin kerjasama laksana projek pertanian berteknologi tinggi

SHAH ALAM, 26 JULAI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkolaborasi dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi melaksanakan projek pertanian berteknologi tinggi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kolaborasi itu melibatkan tanah milik MBI di Batu 29, Batu Arang, Mukim Rawang di Gombak seluas 316.25 hektar.

“Bagaimanapun, dari semasa ke semasa kita telah beri tanggungjawab untuk mengumpulkan tanah termasuk milik Kerajaan Negeri dan anak syarikat.

“Ia seiring hasrat Kerajaan Negeri menyasarkan sejumlah 2,000 ekar tanah terbiar untuk diwartakan setiap tahun sebagai kawasan pertanian dan sasaran itu masih kita cari,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah berhubung pembangunan tanah anak syarikat Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memberi arahan supaya tanah milik Kerajaan Selangor yang dikenal pasti akan diwartakan mengikut keperluan dan bertujuan aktiviti pertanian.

Syarikat berkaitan kerajaan seperti MBI, PKPS, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan Yayasan Selangor mengemukakan senarai tanah kepada Unit Pemodenan Pertanian Seksyen Makro dan Penswastaan Upen Selangor.


Pengarang :